Assalamualaikum


widgets

Friday 13 February 2015

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk terus beribadah kepada-Nya dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah. Subhanallah.

Dalam kesempatan ini pihak tadika ingin mengucapkan
 'Salam Maulidur Rasul' 
kepada semua umat Islam. Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Ahzab, ayat 21;



Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Rasulullah S.A.W merupakan suri teladan yang wajib kita contohi daripada segenap aspek.

Oleh yang demikian, sempena sambutan Maulidur Rasul ini pihak tadika telah mengadakan beberapa program  bagi menyemai sikap cinta akan Rasulullah S.A.W dalam diri para pelajar. Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi menggalakkan para pelajar untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W sepanjang masa kerana sesungguhnya orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah akan diberi syafaat oleh baginda diakhirat kelak. Subhanallah.

Moga dengan program ini para pelajar dapat menjadi generasi yang cinta akan Rasulullah dan mengamalkan sunnahnya. Insya-Allah.



***


Persediaan sebelum perarakan







***
Perarakan












***

Wassalamualaikum



No comments:

Post a Comment