Assalamualaikum


widgets

Friday 13 March 2015

Program Tadikaku Hijau



Alhamdulillah, hari ini pihak tadika telah berjaya melaksanakan program 'Tadikaku Hijau'. Objektif utama aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Menyemai sikap cinta akan alam sekitar kepada para pelajar.
  • Mendedahkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam memelihara alam sekitar.
  • Memaklumkan kepentingan tumbuh-tumbuhan dalam menjamin kestabilan ekosistem kepada para pelajar.
  • Menyemai sikap menghargai segala ciptaan Allah di muka bumi ini dalam diri setiap orang pelajar.


Para pelajar sedang diberikan taklimat oleh guru sebelum memulakan aktiviti.
Di samping itu, pihak tadika juga membekalkan sarung tangan kepada setiap orang pelajar bagi menjaga kebersihan mereka.



Para pelajar kelas Al-Farabi sedang menjalankan praktikal menyemai biji benih.



Para pelajar sedang diberikan penerangan mengenai cara-cara menyemai biji benih.


***

"If a Muslim plants a tree or sows seeds, and then a bird or a person or an animal eats from it, it is
regarded as a charitable gift (sadaqah) for him"- Imam Bukhari

***

SUBHANALLAH

Marilah kita sama-sama memelihara, memulihara dan menyayangi tumbuh-tumbuhan yang telah Allah ciptakan di muka bumi ini.




Wassalamualaikum..