Assalamualaikum


widgets

Thursday 30 April 2015

Makluman - Cuti (1 Mei - 4 Mei)

Assalamualaikum

Tadika akan bercuti pada:

1 Mei (Jumaat) - 4 Mei (Isnin)

Cuti ni bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei dan Hari Wesak pada 4 Mei.
Oleh yang demikian, pihak tadika ingin mengucapkan ' Selamat Bercuti' kepada para pelajar dan
para ibu bapa. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.


***


***

Untuk makluman ibu bapa, 
surat makluman mengenai cuti ini tidak diberikan kepada para pelajar berikutan ini merupakan cuti umum.

Harap Maklum.

***


***

Wassalamualaikum.

Friday 24 April 2015

Sepanjang Minggu Pertama : Instrumen Semester Pertama

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya Instrumen Semester Pertama bagi minggu pertama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan menunujukkan prestasi yang agak baik bagi semester pertama ini.

Marilah kita sama-sama melihat ketekunan dan kesungguhan para pelajar ketika menjawab soalan.




***











***



***

Wassalamualaikum

Monday 20 April 2015

Sambutan Hari Lahir Pelajar ( Januari - April )

Assalamualaikum..
Ini merupakan beberapa gambar yang sempat diambil oleh para guru pada sambutan hari lahir pelajar sepanjang bulan Januari sehingga bulan April.

Selamat Hari Lahir
Happy Birthday
Sanah Helwah

May Allah bless all of you :)


***
Adib Farouqi dan Zulhafiy
(6 tahun)
- 15 Januari -




***
Yasmin Sofea
(5 tahun)
- 25 Februari -


***
Alif Haris
(4 tahun)
- 5 Mac -


***
Che Nur Amirah Athirah
(5 tahun)
- 26 Mac -


***
Muhammad Thaqif Al-Amsyar
(4 tahun)
- 1 April-




***


***

Wassalamualaikum






Hari Pertama : Instrumen Semester Pertama


Assalamualaikum

Alhamdulillah, ujian pada hari ini berjalan dengan lancar.

Marilah lihat ragam para pelajar pada hari pertama ujian mereka.



***
Kelas 2 - Ibnu Sina
- Art & Craft -




***
Kelas 3 - Ibnu Khaldun
- Tulisan -




***
Kelas 4 - Al-Biruni
- Writing -







(Reading)

***
Kelas 6 - Ibnu Batuttah
- Jawi -





Sunday 19 April 2015

Instrumen Semester Pertama


Assalamualaikum..
Insya-Allah pada minggu hadapan, pihak tadika akan menjalankan Instrumen Semester Pertama
( Ujian Semester Pertama) bagi pelajar tadika. Ujian ini akan berlangsung selama 2 minggu iaitu mulai

20 April 2015 (Isnin) - 30 April 2015 (Khamis)

Ujian ini dilaksanakan adalah untuk menilai sejauh mana prestasi pelajar bagi semester pertama ini.
Malah, menerusi ujian ini juga para guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar itu dalam sesuatu topik.

Berikut ialah jadual ujian:



Untuk makluman ibu bapa:
  • Jadual ini telah diberikan kepada setiap orang pelajar berserta dengan surat pindaan tarikh bagi sukan tahunan tadika. 
  • Kepada para pelajar yang tidak dapat hadir bagi menduduki ujian, pihak tadika akan melaksanakan ujian ulangan kepada pelajar terbabit pada hari lain.


***


***



Wassalamualaikum





Friday 17 April 2015

Makluman mengenai pindaan tarikh hari sukan


Assalamualaikum

Makluman kepada ibu bapa, pihak tadika akan menunda sukan tahunan tadika berikutan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah sukan tahunan akan diadakan pada bulan Mei.

Di samping itu, pada minggu hadapan akan diadakan Instrumen Semester Pertama bagi para pelajar selama 2 minggu iaitu mulai 20 April 2015 (Isnin)  sehingga 30 April 2015 (Khamis). Oleh yang demikian, surat makluman (seperti diatas) disertakan sekali dengan jadual ujian.


Rujukan:

Kelas
1 - Al-Farabi
2 - Ibnu Sina
3 - Ibnu Khaldun
4 - Al - Biruni
5 - Al Kindi
6 - Ibnu Batuttah

Subjek
BM     - Bahasa Melayu
ENG   - English
MT     - Mathematics
SC      - Sciences
ARAB- Bahasa Arab
F.AIN - Fardhu Ain 
JAWI  - Tulisan Jawi
ANK   - Bacaan Anakku
READ - Reading
***


***


Wassalamualaikum


Penyerahan 'Grading Certification' Taekwondo


Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada pagi ini telah diadakan penyerahan 'Grading Certification' kepada para pelajar yang telah berjaya dalam ujian kenaikan tali pinggang. Pihak tadika mengucapkan syabas kepada para pelajar yang terlibat.

Umarul Haiqal


Danish Rayyan


Emir Al-Fiqh



Tahniah!!!


***


***

Wassalamualaikum